Saturday 15 August 2015

Asalamualaikum..setelah sekian lama menyepi akibat banyak assignment baru sekarang dapat menulis semula...biasalah kehidupan seorang pelajar yang masih belajar..haha.. okeh baru-baru ni saya dapat satu inbox chat dari fb ada bro ni tanya kalau pakai penghadang angin ada apa-apa efek tak? Okeh penghadang angin boleh didapati di kedai-kedai sparepart moto dengan harga lingkungan rm15-30 bergantung jenama dan material. Fungsi penghadang angin ini adalah untuk menghalang kekotoran dari menempek di enjin anda. Ia secara tak langsung mengelakkan dari ekzos berkarat di manifold akibat lekitan tanah yang melekat. Okeh di sini saya dapat dua teori pomen saya sendiri mengenai penghadang angin ini mengenai keburukkanya.
1. Penghadang angin sememangnya tak elok dipakai oleh kebanyakkan moto termasukllah lc135. Tambahan pula motor yang dah full modified, standard modified. Ini disebabkan angin tak dapat masuk kebahagian enjin sekali gus menghalang pemejelawapan dari keluar dan menyebabkan enjin overheat dan boleh mengakibatkan moto rosak. Benda nampak remeh kan? Tapi itulah hakikatnya
2. Ada cakap boleh pakai tapi untuk moto standad sajalah, kalau motor modi memang tak sesuai.
Apa yang saya dapat adalah berdasarkan pengalaman. Kalau anda ada benda yang nak dikongsikan bolehlah inbox saya. Terima kasih. Asalamualaikum
Race race jugak solat jangan lupa ;)



Suke lak tengok gambar ni walaupun bukan gambar saye..maaf tuan empunya gambar :p
Gambar sebagai penyeri :D

x

Saturday 8 August 2015

Asalamualaikum. Alhamdulilah ramai bagi komen positif atas blog ni. Terima kasih yang sudi komen dan bagi pendapat. Sejak kemarin saya dapat banyak chat. Saya hanya sekadar berkongsi apa saya tahu dan menolong setakat mana mampu, saya pun budak baru belajar..huhu.. okeh semalam saya dapat chat dari sorang brader ni nak mintak pendapat pasal eo (engine oil)/ minyak hitam. Pemilihan minyak hitam seringkali menjadi isu bila nak tukar. Ada orang suggest motul, hirev, shell, jtx dan sebagainya. Sebnarnya tak kesah la apa pun jenis eo tu janji bila sampai mileage yang tertenu eloklah ditukar je eo tu kang menangis syahdu rosak enjin haha. Isu yang nak dibangkitkan kali ni ialah mengenal eo jenama motul ori dan palsu. Hah? Eo pun ada ciplak ka bro? Ya eo sekarang pun ada ciplak dah terutamanya hirev dan motul. Yang brand tah ape-ape tu jgn tanyalah. Jum tengok ciri-ciri eo ciplak.

http://knee-drag.blogspot.com/2012/02/mari-mengenal-motul-engine-oil-ciplak.html
Asalamualaikum. Haaa saya baru dapat beberapa info menarik untk dikongsi bersama. Ok. Ramai orang cakap lc v2 ni slow, moto tak leh blah, paling laju pon boleh dapat 120 km/j. Betul ke? Ok di sini saya akan menerangkan kenapa limit lc v2 ni hanya pada takat 120 km/j kalau dapat 130 km/j pon atas nasib. 

1.  Sebenarnya lc v2/v3 ade cut-off. Ape tu cut-off? Ok cut-off ni fungsinya adalah nak menghadkan pelepasan api supaya kuasa yang ditujahkan tak lebih sehingga boleh merosakkan enjin.
 Kenapa nak kena ada cut-off? Well this is Malysia bro, laju sikit kena saman kang..haha.. Sebenarnya cut-off ni dihadirkan atas sebab tertentu. Ok untuk keluaran lc v2/v3 ni cut-off dia hanyalah pada 8000rpm. Kalau nak banding dengan 800 unit lc v1 yang dibekalkan tanpa cut-off (yang dapat moto ni memang bertuah) memang laju lah bro haha. Tapi sebenarnya cut-off ni wujud untuk mengelakkan kerosakan enjin akibat over-rev atau revving yang terlalu tinggi. Yelah moto standad kilang pastu korang nak lenjan kerap-kerap memang jahanamlah enjin tu. Jadi enginering yang memikirkan masa depan motor ni ciptalah cut-off supaya pabila korang lenjan moto ni boleh pada tahap tertentu ja atas keselamatan enjin dan nyawa. Tapi kalau dah kerap-kerap lenjan sakit jugak moto bro sedangkan atlete sukan dunia  yang laju tahap supersonic pun ada masa rehat ini kan motor haha.

2. Sebab yang lain ialah sebab enjin 4-lejang memang macam tu. Kekadang pelik jugak bila starting sama-sama dengan si 2-lejang tapi kena tinggal bertiang-tiang. Haa ni deisbabkan cara pembakaran api untuk 2-stroke lebih power, lebih kuasa dan lebih wang..oopss.. haha..tapi sebnarnya enjin 4-lejang ni power cuma lambat. Ini disebabkan tork maksimum datang pada rpm yang rendah berbanding si 2-lejang yang kuasanya selari dengan peningkatan putaran enjin. Disebabkan tu jugaklah orang-orang lama akan nasihatkan awal-awal kalau nak main lc135 ni sedia wang yang banyak sebab bila enjin dah power si 2-stroke tu pon boleh malu woh. 

Setakat ini sajalah yang dapat saya kongsikan atas pengalaman research dan bertanya dalam group dan otai2. Jangan malu bertanya. Orang lama cakap malu bertanya sesat jalan dah tanya pun sesat jugak tak tahulah. Laju macamana pun solat jangan lupa bro. Selamat membaca dan mencuba. Tq. :)
  

Asalamualaikum. Untuk korang yang nak lebih info detail boleh rujuk dekat link saya beri ni. 
http://laicioutmeter.blogspot.com/ . Saya hanya kumpul info dari kometatar dari group dan juga ootai2 hehe. In sha allah saya cuba terbaik untuk jawab persoalan anda. Terima kasih support :)
Modified 

Bismilah. Okeh. Pertama sekali apa saya nak katakan saya pun baru lagi dalam bidang lc135 ni, maklumlah sebelum ni guna moto 2-stroke (dah kena rembat) jadi bekenan di hati nak lc135 ni sebiji jadi belilah sebiji. Apa yang saya perhatikan pada motosikal ni dia punya bentuk pun dah menawan. Ramai oranng cadangkan motosikal ni kat saya memula beli dulu sebab best. Pada mulanya saya rasa lc ni tak lah sehebat motosikal yang lain tapi saya silap. Lc135 ni memang best. Jadi saya pon joinlah beberapa group kat fb antaranya CLPC (crypton lc penang) , LC135 Malaysia, LC Kedah, X1R Malaysia dan lain-lain lah. Okeh ada beberapa resepi custom yang saya perhatikan dalam bebanyak group ni. 

  1. Modified awal - Bagi permulaan boleh la try cara nie. Ins sha allah boleh dapat dalam 150 km/j (Bergantung kepada berat rider)
  • Cdi BRT dualband
  • spoket 15-36
  • ekzos cj ipoh cutting standard 28 mm.                   

     2. Standard modified- Selalunya tahap ni dah mula main blok, head blok
  • Blok 62 mm ( Tak kisah blok apa janji ceramic tahan lama)
  • cdi brt dualband
  • spoket 14-36/34
  • head custome (kalau korang banyak duit beli la superhead uma)
  • valve
  • spring valve custome 
  • carburater tzm,rxz
      3. Full modified- Tahap macamnie selalunya meter dah out, rider kental nieh haha
  • Blok 65-67mm
  • cdi cheetah power,imc uma
  • carb uma 32mm,tzm,nsr
  • superhead uma
  • custom valve
  • custome spring valve
  • ekzos yoshimura (suggested), ekzos r9, ekzos cj ipoh kontot, GL
  • coil api uma
Apa yang saya sharekan resepi di atas hanyalah berdasarkan pengalaman dari perkongsian ilmu dalam group. Kalau anda ada tips atau resepi yang boleh dikongsi bersama janganlah segan sharekan. Sama- sama terus maju ke depan. Laju-laju jugak solat jangan tinggal sudah. Hehe. Asalamualaikum