Saturday 8 August 2015

Asalamualaikum. Haaa saya baru dapat beberapa info menarik untk dikongsi bersama. Ok. Ramai orang cakap lc v2 ni slow, moto tak leh blah, paling laju pon boleh dapat 120 km/j. Betul ke? Ok di sini saya akan menerangkan kenapa limit lc v2 ni hanya pada takat 120 km/j kalau dapat 130 km/j pon atas nasib. 

1.  Sebenarnya lc v2/v3 ade cut-off. Ape tu cut-off? Ok cut-off ni fungsinya adalah nak menghadkan pelepasan api supaya kuasa yang ditujahkan tak lebih sehingga boleh merosakkan enjin.
 Kenapa nak kena ada cut-off? Well this is Malysia bro, laju sikit kena saman kang..haha.. Sebenarnya cut-off ni dihadirkan atas sebab tertentu. Ok untuk keluaran lc v2/v3 ni cut-off dia hanyalah pada 8000rpm. Kalau nak banding dengan 800 unit lc v1 yang dibekalkan tanpa cut-off (yang dapat moto ni memang bertuah) memang laju lah bro haha. Tapi sebenarnya cut-off ni wujud untuk mengelakkan kerosakan enjin akibat over-rev atau revving yang terlalu tinggi. Yelah moto standad kilang pastu korang nak lenjan kerap-kerap memang jahanamlah enjin tu. Jadi enginering yang memikirkan masa depan motor ni ciptalah cut-off supaya pabila korang lenjan moto ni boleh pada tahap tertentu ja atas keselamatan enjin dan nyawa. Tapi kalau dah kerap-kerap lenjan sakit jugak moto bro sedangkan atlete sukan dunia  yang laju tahap supersonic pun ada masa rehat ini kan motor haha.

2. Sebab yang lain ialah sebab enjin 4-lejang memang macam tu. Kekadang pelik jugak bila starting sama-sama dengan si 2-lejang tapi kena tinggal bertiang-tiang. Haa ni deisbabkan cara pembakaran api untuk 2-stroke lebih power, lebih kuasa dan lebih wang..oopss.. haha..tapi sebnarnya enjin 4-lejang ni power cuma lambat. Ini disebabkan tork maksimum datang pada rpm yang rendah berbanding si 2-lejang yang kuasanya selari dengan peningkatan putaran enjin. Disebabkan tu jugaklah orang-orang lama akan nasihatkan awal-awal kalau nak main lc135 ni sedia wang yang banyak sebab bila enjin dah power si 2-stroke tu pon boleh malu woh. 

Setakat ini sajalah yang dapat saya kongsikan atas pengalaman research dan bertanya dalam group dan otai2. Jangan malu bertanya. Orang lama cakap malu bertanya sesat jalan dah tanya pun sesat jugak tak tahulah. Laju macamana pun solat jangan lupa bro. Selamat membaca dan mencuba. Tq. :)
  

3 comments: